Tuesday 30 September 2014

KAJIAN KES SEJARAH MELAYU



1.0              PENGENALAN
Sulalat-us-Salatin atau Sejarah Melayu menceritakan tentang Kesultanan Melayu Melaka, asal usul Raja Melaka yang dikatakan hasil daripada perkahwinan Iskandar Zulkarnain dengan puteri berketurunan India, keturunan Raja Melaka sebelum serangan Portugis pada 1511 dan zaman selepas serangan Portugis iaitu zaman Kesultanan Johor-Riau.
Oleh yang demikian, Sejarah Melayu dikarang bertujuan menceritakan mengenai raja-raja Melayu yang memerintah negeri-negeri Melayu terutama raja-raja Melaka, dan merakamkan segala adat istiadat Melayu yang menunjukkan satu tatacara pentadbiran/pemerintahan menurut etika adat Melayu yang bersandarkan ajaran Islam. 
Ramai sarjana terutamanya ahli penyelidik Barat menganggap Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin sebagai hasil sastera Melayu yang terpenting dan terbaik antara hasil sastera Melayu lama. A. Teeuw dalam kata pendahuluan Sejarah Melayu terbitan Abdullah berpendapat:
“…Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari kesusasteraan Melayu…”
Sejarah Melayu dipandang penting oleh para sarjana Barat dan tempatan sebagai satu sumber tentang sejarah sesuatu bangsa dari Timur. Selain itu, Sejarah Melayu juga merupakan rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zamannya. Mengikut Teuku Iskandar, naskah Sejarah Melayu yang ada sekarang ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
                                 I.            Naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London.
                              II.            Naskah-naskah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A. Shellabear dan edisi Dulaurier.
                           III.            Naskah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London.

Wednesday 9 July 2014



KATA-KATA HIKMAT


  1. "Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"
    (Imam Ghazali)
  2. Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.
  3. \"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan.\"
    (AnNahl:61)
  4. bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah
  5. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.
  6. ....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki....
  7. Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa .
  8. Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
  9. Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
  10. Ilmu mu yang manfaat,sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh,itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....
  11. God be with you, be happy and keep up the rituos live
  12. Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.
  13. Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN
  14. Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
  15. Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
  16. Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.
  17. Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.
  18. Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia
  19. Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
  20. Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN
  21. Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita... Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah
  22. Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.
  23. Jaga diri, hiasi peribadi.
  24. Cinta pada bunga,bunga akan layu
    Cinta pada manusia,manusia akan mati
    TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.
  25. Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadaNya.
  26. Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
  27. Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
  28. Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
  29. Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam
  30. Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.

Sunday 4 May 2014

“Baka atau Persekitaran: Yang Manakah Lebih Mempengaruhi ke atas Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia”



1.0 Pengenalan
Perbincangan mengenai pengaruh baka dan persekitaran terhadap pertumbuhan dan perkembangan manusia menimbulkan kontroversi dalam kalangan penyelidik untuk melakukan pelbagai kajian. Dalam konteks ini, dapatan kajian berhubung isu baka dan persekitaran boleh dimanfaatkan sebagai dapatan saintifik yang boleh diaplikasikan dalam pemerhatian dan penilaian terhadap proses perkembangan manusia. 
Perdebatan antara dua faktor ini telah menyebabkan wujud pihak yang hanya berpegang kepada satu faktor sahaja yang mendominasi perkembangan dan pertumbuhan manusia. Baka (nature) boleh ditakrifkan sebagai faktor biologi dan genetik yang mempengaruhi perkembangan manusia. Manakala persekitaran (nurture) merupakan pengaruh yang diperolehi melalui persekitaran dan pengalaman yang mempengaruhi proses perkembangan individu ( Rice, 1992). Perdebatan tentang isu baka dan persekitaran berlaku kerana keakuran dan kegagalan untuk membezakan antara fungsi perkembangan dan perbezaan individu (Mccall, 1981).
            Isu perbezaan individu boleh merujuk kepada kajian yang dijalankan terhadap tahap kecerdasan anak angkat (McCall, 1981). Sekiranya anak angkat mempunyai pendedahan persekitaran yang sama dengan keluarga angkatnya tetapi mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dengan keluarga angkatnya, maka ia dipengaruhi oleh faktor  baka yang dimilikinya. Contoh, sekiranya tahap kecerdasan anak angkat sama dengan kecerdasan keluarga kandungnya berbanding keluarga angkat, maka faktor baka atau biologi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kecerdasan. Sekiranya tahap kecerdasan anak angkat tersebut lebih tinggi atau rendah daripada keluarga kandungnya sendiri, berkemungkinan perkara tersebut dipengaruhi oleh faktor persekitaran (Seifert & Hoffnung, 1997).

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU



1.0       Pengenalan

Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa pertuturan yang tersendiri. Begitu juga bagi bangsa Melayu.  Bahasa yang menjadi perantara untuk dituturkan di kalangan bangsa Melayu ialah bahasa Melayu. Bahasa Melayu tergolong dalam subkeluarga bahasa Melayu-Polinesia dan terletak di bawah rumpun Austronesia.  Penyebaran bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik menyebabkan Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing. Bahasa Melayu berada di bawah cabang keluarga Nusantara yang mempunyai kira-kira 200-300 pecahan bahasa di bawahnya. Para ahli bahasa telah membahagikan peringkat perkembangan bahasa Melayu sejak zaman awal penemuannya hingga kini kepada empat iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman bahasa Melayu moden.  Namun begitu, bagi tujuan kajian ini pengkaji membataskan perbincangan terhadap bahasa Melayu klasik dan bahasa Melayu moden sahaja.

1.1       Zaman Bahasa Melayu Klasik
Zaman bahasa Melayu klasik bermula dari awal abad ke-14 Masihi hingga ke akhir abad ke-18 Masihi. Bahasa Melayu Klasik berada pada tahap ketiga dalam periodisasi bahasa Melayu, selepas bahasa Melayu purba dan bahasa Melayu kuno. (Awang Sariyan, 1998 ).  Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa tentang bahasa Melayu klasik.  Antaranya ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), yang menyatakan bahawa  “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu Klasik”.
Bahasa Melayu klasik juga dikaitkan dengan kedatangan dan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara ketika itu.  Sejak itu  bahasa Melayu pada zaman ini turut mengalami pelbagai perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat, dan bentuk tulisan. Selain itu, bukti-bukti sahih yang menunjukkan kewujudan bahasa Melayu klasik ini ialah penemuan beberapa batu bersurat atau prasasti yang di beberapa daerah di Asia Tenggara dan Tanah Melayu menguatkan lagi fakta ini.  Antaranya ialah batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356 Masihi), batu bersurat di Minye Tujuh, Aceh (1380 Masihi) dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu ( 1303-1387 Masihi) yang ditulis dalam tulisan Jawi. (Siti Hajar Abdul Aziz,2011) Ini menunjukkan bahawa pengaruh Islam semakin kuat sehingga bahasa Melayu turut mengalami perubahan.  Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik selaras dengan perubahan yang dialaminya ialah:

Penggunaan Bahasa Tidak Sopan



1.0       Pengenalan

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Pantun melayu lama ini menggambarkan betapa bahasa itu amat indah dan bermakna kepada setiap insan di dunia ini.  Tanpa bahasa manusia hanya mampu berkomunikasi dengan bahasa isyarat atau bahasa tubuh.  Bahasa merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia dan masyarakat serta negara. Bahasa juga merupakan simbol dalam kehidupan sosial manusia kerana bahasa melambangkan identiti kelompok masyarakat dan sosiokultural sesebuah negara. Dalam konteks negara kita Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan menjadi simbol kepada kedaulatan bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Definisi bahasa menurut Kamus Dewan (2002:87), ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Contohnya antara seorang individu dengan individu yang lain dan sebagainya. Sementara Nik Safiah Karim (1992:11), menyatakan bahasa mengikut Sapir didefinisikan sebagai “cara yang digunakan oleh manusia untuk menyampaikan buah fikiran, perasaan dan hasrat melalui lambang-lambang yang dihasilkan dengan sukarela’. Pateda (1981) juga mentakrifkan bahasa sebagai alat komunikasi dan makhluk sosial yang suka bersosial, iaitu bersosial untuk kebaikan tetapi adakalanya keburukan.(Abdullah Yusuf, 2010).

Sopan pula didefinisikan sebagai hormat dengan tatatertib, baik budi bahasanya, tahu tertib peraturan, beradab dan baik perangai dan kelakuannya.(Kamus Dewan ,2002:1299)
Perkataan kasar pula bermaksud tidak halus, tidak licin, tidak tertib atau tidak bersopan santun . (Kamus Dewan ,2002: 581). Justeru bahasa tidak sopan  atau bahasa kasar bermaksud bahasa yang dituturkan tidak mengikut tatatertib atau tidak menepati peraturan dalam berbahasa seperti sebutan nahu yang teratur, mengawal ketertiban semasa berinteraksi serta memikirkan kesan selepas mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan atau kasar tersebut
Berleluasa bermaksud melakukan sesuatu dengan bebas atau sesuka hati.(Kamus Dewan 2002:787). Sementara masyarakat pula bermaksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. .(Kamus Dewan ,2002:865)
Walau bagaimanapun,  selaras dengan era globalisasi dunia masa kini yang menuntut banyak perubahan, turut mempengaruhi cara hidup, budaya dan pemikiran masyarakat Melayu kepada unsur-unsur luar. .  Perubahan-perubahan yang berlaku kesan daripada arus kemodenan dan teknologi masa kini bukan sahaja bersifat positif tetapi juga negatif .  Justeru bahasa Melayu juga turut menerima tempiasnya. Fenomena ini secara tidak langsung telah menghakis nilai-nilai kehalusan dan kesantunan dalam bahasa Melayu.  Cogankata ‘Bahasa Menunjukkan Bangsa’ seperti yang dilaung-laungkan suatu ketika dahulu, dirasakan tidak lagi sesuai memandangkan fenomena yang semakin berleluasa sekarang.  Penggunaan bahasa tidak sopan atau bahasa kasar semakin menjadi-jadi dan seolah-olah menjadi kebanggaan pula oleh sesetengah pihak apabila menggunakannnya.  Ini dapat kita lihat dalam berbagai situasi seperti penggunaan bahasa rojak yang sering digunakan dalam sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) , bahasa-bahasa kurang sopan seperti yang terdapat dalam iklan, dialog-dialog drama dan filem dan juga ungkapan-ungkapan kasar dan tidak sopan yang digunakan oleh  golongan anak-anak muda dan remaja masa kini semasa berkomunikasi amat menyedihkan apabila didengar.

Saturday 26 April 2014

SHAHNON AHMAD




1.0       PENGENALAN
            Shahnon Ahmad adalah seorang tokoh yang cukup istimewa. Ini disebabkan beliau adalah seorang tokoh sastera Melayu yang dikagumi, dihormati dan disayangi. Beliau juga turut dikenali sebagai seorang pengarang, penyelidik, pengkritik dan pengajar kesusasteraan yang memperlihatkan pemikiran sebagai seorang Melayu yang penuh nasionalisme Melayu, sebagai seorang Islam yang penuh ke-Islamannya, dan sebagai seorang pengarang yang amat kental dengan teknik, inovasi dan kreativitinya.
2.0       ISI
Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990), Dato’ Haji Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1993, di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman di daerah Sik, Kedah Darulaman. Beliau merupakan anak bongsu daripada dua adik-beradik. Bapanya, Haji Ahmad bin Haji Abu Bakar atau gelaran sehariannya Pak Mat adalah berasal dari Medan, Sumatera dan telah meninggal dunia pada tahun 1981. Waktu muda, Haji Ahmad telah mengembara dari tempat asalnya dan berkahwin dengan ibu Shahnon serta menetap di Sik. Pada mulanya, dia bekerja di Jabatan Ukur dan kemudian menjadi posmen. Pada masa Perang Dunia Kedua, dia menjadi perisik kepada pihak British bagi mencari maklumat-maklumat rahsia tentang gerakan-gerakan pihak Jepun. Sesuai dengan tugasnya sebagai posmen, dia bebas masuk ke kubu-kubu[1] tentera Jepun untuk membantu pihak British ketika itu. Kubu-kubu pihak Jepun ketika itu terletak di Gurun dan Guar Chempedak.

Kokurikulum



1.0       Pengenalan
Aktiviti kokurikulum sebenarnya telah lama diperkenal dan dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara ini, iaitu sejak zaman penjajahan British lagi.  Antaranya ialah penubuhan pasukan pengakap yang pertama di Malaysia mengambil tempat di Singapura pada tahun 1909.  Aktiviti gerakerja kokurikulum ini diberi penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti yang terkandung dalam surat arahan School Course of Studies Regulation 1956 dan Pindaan tahun 1961 (Akta Pendidikan 1961, No.552.)  Aktiviti ini dikenali dengan nama Kegiatan Kumpulan. (Ab. Alim, 2004).  Sekarang ini aktiviti kokurikulum telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada proses pendidikan, yakni sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan yang wajib dilaksanakan di sekolah-sekolah.  Untuk itu, aktiviti kokurikulum perlulah dirancang, diurus dan dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan seperti mana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.